Tuesday, 2 May 2017

Peperiksaan Percubaan SPM - Pulau Pinang 2016

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
(i)      Wanita tua yang dinyatakan dalam petikan tersebut berpakaian kain kapas nipis. Tudungnya puladitarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.
(ii)     Pada pendapat saya, antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menyediakan tempat penginapan bagi mereka. Selain itu, bantuan kewangan juga boleh diberikan kepada mereka.
(iii)    Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemiskinan hidup warga emas. Contohnya wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak.
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa. Contohnya, Aku berbudi bahasa ketika bertutur  dengan pekedai berbangsa Turki itu.

Soalan 2(c)  - Petikan Prosa Tradisional
(i)        Rangkai kata senantiasa betinggit membawa maksud selalu bermusuhan.
(ii)       Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, berlaku perpecahan di kalangan anak Melayu. Tambahan lagi, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa bermusuhan.
(iii)      Pada pendapat saya, sekiranya pemimpin tidak bermuafakat, negara akan mundur kerana masa bukan diluangkan membina negara, namun diluangkan membina pengaruh masing-masing. Selain itu, negara akan mudah dijajah kuasa luar kerana rakyat yang berpecah-belah dan tiada perpaduan di dalam negara.

Soalan 2(d) - Gurindam
(i)           Rangkap gurindam tersebut membawa maksud bahawa sesiapa yang seseorang yang telah menyumbang jasa akan sentiasa di sanjung dan diingati.
(ii)          Pada pendapat saya, dalam pergaulan, bahasa kasar tidak boleh digunakan kerana bahasa-bahasa kasar membawa maksud yang tidak elok dan boleh menyinggung perasaan seseorang. Selain itu, bahasa yang digunakan mencerminkan peribadi diri kita yang sebenar. Tambahan pula, penggunaan bahasa yang kasar boleh menyebabkan perselisihan faham diantara dua atau lebih pihak.
(iii)         Pengajaran yang daripada gurindam tersebut ialah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Walaupun kita tidak arif akan sesuatu bidang ilmu itu, sekiranya rajin belajar pasti akan pandai.
Pengajaran lain dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati ketika bertutur kata. Kata-kata yang dilontar hendaklah manis didengar dan tidak menyinggung perasaan orang lain.