Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i) Antara punca-punca bonda menghalang Mel bermastautin di bandar adalah kerana ilmu agama Mel yang masih cetek dan nipis. Selain itu, bahasa ibundanya juga masih lemah.
(ii) Pada pandangan saya, untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang, didikan agama perlu diberi kepada mereka dari usia yang kecil lagi. Dengan didikan agama yang mencukupi, mereka akan bijak membezakan diantara yang baik dengan yang buruk. Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan. Subjek-subjek berunsurkan jati diri boleh diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah.
(iii) Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah, kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar tidak lupa diri dan hanyut. Pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen ini ialah kita mestilah rajin membaca bahan bacaan ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i) Rangkai kata dilihatnya seorang perlente mati membawa maksud dilihat seorang penjahat meninggal dunia.
(ii) Tindakan yang dilakukan Laksamana terhadap Kertala Sari ialah menikam dan membunuh kertala sari. Selepas itu, Laksamana memotong kemaluan Kertala Sari dengan kerisnya.
(iii) Pada pendapat saya, kita perlu melakukan perancangan yang mencukupi supaya sesuatu pekerjaan dilakukan berjaya dilaksanakan tanpa masalah. Selain itu, kita perlu melakukan perancangan sebagai persediaan awal sebelum melakukan sesuatu.
Soalan 2(d) - Sajak
(i) Melalui petikan sajak di atas, penyajak ingin menyampaikan mesej kasih sayang seorang bapa kepada anaknya yang tidak terbatas.
(ii) Pada pendapat saya, sebelum bergelar pelajar universiti, mereka perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya supaya mereka mampu berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa seperti rakan-rakan dan ibu bapa. Selain itu, mereka perlu bersedia supaya tidak hanyut dengan budaya baharu di bandar kelak.
(iii) Persoalan yang terdapat dalam sajak ialah persoalan kepentingan menuntut ilmu. Contohnya, penyajak sanggup menghantar anak kesayangannya menuntut ilmu ke menara gading. Persoalan lain yang terdapat dalam sajak ialah persoalan cabaran hidup di tempat baharu. Contohnya, penyajak mengingatkan anaknya akan cabaran dan perkara negatif yang bakal berlaku di kampus kelak.
No comments:
Post a Comment