Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i) Nama Aiman Aqil membawa maksud insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
(ii) Pada pendapat saya, antara insentif yang boleh diambil adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. Selain itu, biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti terkemuka boleh diberikan kepada mereka.
(iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah kebanggan terhadap identiti diri. Contohnya, Aiman Aqil bangga akan namanya yang membawa makna yang baik.
Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini ialah ketegasan guru dalam mendidik pelajar. Contohnya, guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana menggangu rakan-rakan.
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i) Rangkai kata mengadukan halnya bermaksud melaporkan masalahnya.
(ii) Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah supaya menjaga pedang sebilah itu baik-baik. Peringatan yang lain ialah supaya pedang itu jangan diberi berkarat.
(iii) Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka supaya mereka dapat berlawan menentang musuh dengan sepenuh hati. Selain itu, mereka akan berasa senang hati dan tidak gelisah sekiranya berdekatan dengan anak dan isteri mereka.
Soalan 2(d) - Puisi
(i) Rangkap kelima gurindam membawa maksud nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang.
(ii) Pada pendapat saya, tingkah laku perlu dijaga supaya kita disenangi di dalam masyarakat. Selain itu, kita juga akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat.
(iii) Berdasarkan gurindam tersebut, nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini ialah nilah kebijaksanaan. Contohnya kebijaksanaan dalam berkata-kata. Selain itu, pelajar boleh amalkan nilai kesabaran. Contohnya, memelihara mata ketika melihat perkara negatif.
Soalan 4 - Novel
(a) Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan Bin Saidi. Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Buktinya, beliau bekerja keras bukan kerana pangkatnya tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Selain itu, Leftenan Adnan merupakan seorang yang bernani menentang musuh. Contohnya, beliau berani berjuang menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
(b) Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani pula ialah Silicon Medical Centre di Singapura. Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik di sini.
No comments:
Post a Comment