Alhamdulillah, hari ini aku bangun awal. Aku berjaya ke Dewan Serbaguna sebelum jam 7:30πΈπΈ
Aku berjaya ubah kesilapan yang telah dilakukan semalam .... Harapnya, prestasiku ini dapat diteruskan sehingga esok. Aamiiiiin.....
Perhimpunan hari ini berjalan seperti biasa, diteruskan juga dengan sesi persekolahan yang seperti biasa. Aku rasa.... tiada apa yang menarik atau luar biasa berlaku pada hari ini.
Setelah tamat sesi persekolahan, hari ini, aku merupakan salah seorang daripada 35 orang pelajar yang terlibat dengan sebuah ceramah bertempat di Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Experience Sharing Session : 'Winter School At Gifu University Japan' Ianya di sampaikan oleh Saudara Muhammad Johan dan Saudari Fatimah Zahrah yang kedua-duanya merupakan pelajar Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun lepas, mereka berdua berpeluang ke ε²ιε€§ε¦ (Gifu Daigaku) ataupun dikenali sebagai Gifu University, bagi menyertai program Winter School mereka yang kali ke-2.
Winter School kali ini disertai oleh 8 orang peserta, 6 orang daripada mereka terdiri daripada siswa dan siswi dari India. Di sana, mereka berpeluang menyertai dan melakukan sedikit penyelidikan mengikut bidang yang telah dipilih mereka. Penyelidikan mereka melibatkan dengan penggunaan dan ciri-ciri EMAA Ionomer.
Namun, sesi ini lebih kepada sesi berkongsi pengalaman mereka sewaktu di Jepun. Kami berpeluang mendengar mereka bertutur dalam Bahasa Jepun. Bahasa yang digunakan mereka agak ringkas dan mudah difaham. Antara yang sempat mereka kongsikan adalah perbezaan masyarakat Jepun berbanding Malaysia. Masyarakat Jepun sangat menepati masa. Jika dibandingkan dengan kita ...... π
Pada jam 4, kami semua pulang ke Kolej PERMATApintar™....
Acane msuk permata
ReplyDelete