Sunday, 26 February 2017

Latihan : Peribahasa

Latihan 1:

1. bagaikan kera mendapat bunga
    -Orang yang tidak tahu menghargai pemberian
    -Kamal bersikap bagaikan kera mendapat bunga apabila membuang hadiah yang diberi rakannya.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
    -Disebabkan seorang, nama semua orang menjadi buruk
    -Kes salah guna dadah itu telah menyebabkan satu keluarganya dipandang hina, kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
    -Sudah bersedia menerima hasil yang tidak pasti
    -Amir seperti burung terbang dipipiskan lada kerana sangat berharap jualannya akan berhasil walaupun belum pasti laku.
4. menegakkan benang yang basah
    -Menegakkan sesuatu yang pasti salah
    -Gopal seperti menegakkan benang yang basah ketika disoal guru disiplin mengenai rokok yang ditemui bersamanya.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
    -Dalam keadaan bahaya dan sulit
    -Ayu bagaikan telur dihujung tanduk di hadapan perompak rumahnya itu.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
    -Orang berilmu merendah diri tidak hilang ilmunya
    -Akram yang seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya kerana dia tidak pernah menunjuk-nunjuk di hadapan orang.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
    -Dapat untung banyak secara tiba-tiba
    -Datuk bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah harga pasaran getah melambung secara tiba-tiba.
8. matinya semut kerana gula
    -Menjadi susah kerana tamak
    -Kerana tertipu dengan keuntungan yang dijanjikan, Saodah kini hidup merempat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
    -Adik-beradik yang gaduh akhirnya berbaik semula
    -Pergaduhan Ana dan Ani tidak berkekalan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
    -Kasih sayang tidak kekal
    -Cinta monyet mereka bagaikan embun di hujung rumput kerana berpisah hanya setelah 3 minggu.

Latihan 2:

1. seperti mendukung biawak hidup
    -Melakukan kerja yang berbahaya
    -Fazil seperti mendukung biawak hidup apabila merokok di perkarangan sekolah.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
    -mendapat kesusahan secara berterusan
    -Setelah kematian bapanya, Farah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kakaknya pula meninggal dunia.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
    -Mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
    -Omar sanggup memanjakan anak orang lain bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana anaknya diabaikan sahaja.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
    -Keadaan serba salah
    -Ali bagai ditelan mati emak, dibuang mati bapak kerana terpaksa memilih antara ibunya dan ayahnya.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
    -Buat baik kerana sebab yang tersembunyi
    -Sejak akhir-akhir ini, dia sangat rapat dengan cikgu Jamil namun kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
    -Orang tamak akan rugi
    -Kerana tamak akan harta pusaka, mereka adik beradik telah berpecah belah bagaikan anjing dengan bayang-bayang.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
    -Tahu akan keadaan sebenar walaupun hayan melihat luarannya
    -Ibu sudah tahu tujuan Amar tiba-tiba melawatnya kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
    -Kerja bersungguh-sungguh sehingga membuahkan hasil
    -Setiap hari Akmal berlatih dengan gigih kerana genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
    -Melakukan kerja yang sia-sia
    -Ahmad bagai mencurah air ke daun keladi ketika menasihati kanak-kanak nakal itu.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
    -Sedikit kesalahan orang lain nampak tetapi kesalahan sendiri tidak nampak
    -Dia seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak kerana sering menyalahkan orang lain walaupun dia merupakan punca masalah.

Latihan 3:

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
    -Di tempat ada rezeki, ada orang ramai
    -Bandar Kuala Lumpur sesak dengan para pendatang asing yang mencari  pekerjaan bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
    -Sesuatu yang bertambah dengan banyak
    -Sejak 'Iffah menjadi pengawas perpustakaan, pelajar lelaki mengunjungi perpustakaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
    -Usaha yang berterusan
    -Adik gigih menabung setiap hari walaupun sepuluh sen kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
    -wajah yang serupa
    -Sukar bagi para guru untuk membezakan Amir dan kembarnya kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
    -Mendidik anak dari kecil   
    -Dari kecil Pak Mat mengajar anaknya menghormati orang tua kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
    -Barisan yang bengkang-bengkok
    -Puan Ros sering memarahi kami kerana barisan kelas yang seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
    -Menjadi susah kerana tamak
    -Oleh kerana tamak, Aida kini telah muflis seperti mati semut kerana gula.
8. bagai mendapat durian runtuh
    -Mendapat untung yang banyak
    -Dia bagai mendapat durian runtuh apabila saham syarikatnya naik melambung.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
    -Dua orang rapat bersama mempunyai cita-cita berbeza
    -Walaupun mereka kembar, mereka mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetap mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
    -Dengar satu keuntungan yang tidak pasti, yang sudah peroleh dibuang
    -Asyraf seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana meninggalkan isterinya bagi teman wanita yang baharu.







Latihan 4:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai     oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
    -Seperti menanam tebu di tepi bibir
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah     berbaik-baik semula seperti sediakala.
     -Biduk berlalu kiambang bertaut
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik       Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
     -Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru       yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
     -
5. Walaupun  keluarga Encik  Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,     namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
     -Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak boleh ditutup
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar     kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
     -Seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit
7. Walaupun asalnya Saidiyah  seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-     sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
     -Belakang parang jika diasah lagikan tajam
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam     pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
     -Kalau kail panjang sejengkal, laut usah diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di     kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
     -Bagai ikan pulang ke lubuk
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama  Farislullah  supaya berhenti merokok       sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
    -Bagi mencurah air ke daun keladi

No comments:

Post a Comment