Hari ini merupakan satu panggilan bagiku, ataupun bak kata mat salleh wake up call. Setelah hanya beberapa entri, aku malas untuk menulis jurnal harianku. Bukan apa, aku tidak lihat ini sebagai sebuah paksaan mahupun halangan kepada diriku. Cuma aku MALAS. Walaupun aku faham kepentingan jurnal harian ini ― bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Walaupun seringkali diingatkan oleh cikgu dan rakan-rakan, aku masih MALAS. Bukan sahaja malas kerana masa yang sedikit padat, aku juga malas kerana aku bukanlah seorang yang mahir dalam hal-hal penulisan Bahasa Melayu. Apatah lagi mahu menulis jurnal harian.
Namun, hari ini, aku dikejutkan daripada selimut kemalasanku ini. Sewaktu kelas BM tadi, Cikgu Mior mahu periksa blog kami semua. 😱😱😱
Tiada yang terkecuali, blog milik semua akan diperiksa oleh cikgu ketika di dalam kelas. Dengan hanya 3 entri jurnal harian, sedah semestinya aku tidak selamat. Namun, dengan budi bicara cikgu, kami diberi peluang lagi sekali. Terima kasih cikgu... Selepas ini, aku akan berusaha lagi untuk menghasilkan entri jurnal harian ini... In Shaa Allah
Sepanjang minggu ini, aktiviti sukantara akan dijalankan. Pada petang ini merupakan aktiviti bola tampar bagi pelajar lelaki. Walaupun bukan seorang pemain, aku ke padang bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan lain. Namun, sejujurnya, aku tetap merasa bosan ketika di padang..
Malam pula, sukantara badminton perseorangan dan pingpong berseorangan dijalankan. Bagi pelajar yang tidak terlibat, mereka dibenarkan untuk berada di dewan serbaguna ataupun menjalani prep.
No comments:
Post a Comment