Hari ini, kami mendapat instruktor Calculus baharu. Walaupun kami pernah belajar bersama Puan Fariha pada tahun yang lepas, yang mengajar kami Calculus sebelum ini merupakan Puan Aqilah. Sejujurnya, aku lebih suka akan cara Puan Aqilah mengajar kami. Namun tiada salahnya belajar dengan Puan Fariha. Masing - masing mempunyai cara mereka yang tersendiri.
Begitu juga dengan subjek English. Kami ber'peluang' belajar English dengan seorang guru baharu. Namun, pertukaran instruktor English ini bukanlah kekal. Puan Norlin tidak sihat dan tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pada hari ini. Tetapi .... let's just say she's not my cup of tea...
Setelah tamat sesi persekolahan, aku makan dan pulang ke bilik. Entah kenapa, terasa amat letih hari ini. Aku tidur sebentar sebelum Zuhur dan sambung semula tidur selepas solat. Aku bangun pada jam 2:30 kerana terdengar panggilan rakan-rakanku mengajak ke padang bagi sesi sukantara. Tetapi, Alhamdulillah, secara tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Aku berehat sebentar di bilik sebelum ke Dewan Serbaguna.
Setelah hujan berhenti, selepas solat Asar, kami ke padang bagi menjalankan acara yang tertangguh iaitu 100m dan lontar peluru. Aku berdebar-debar, kerana larianku tidaklah sepantas mana๐
. Rumah Topaz diberi giliran terakhir sekali, oleh itu, sementara menunggu giliran, aku menjadi pencatat masa bagi rumah sukan yang lain.
Setibanya giliranku, seperti yang disangka, aku merupakan antara yang paling perlahan๐
. Tetapi, aku bangga kerana cubaan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.
Di waktu malam pula, acara badminton dan pingpong diteruskan lagi. Bagi yang tidak menyertai (sepertiku), kami hanya menonton di Dewan Serbaguna. Terdapat juga sambil bermain telefon pintar kerana kebosanan.
Setelah itu, aku pulang ke bilik. Kerana masih belum mengantuk, aku bosan. Berbekalkan kebosanan ini, aku membelek semula Photoshop yang telah sekian lama tidak digunakan. Tamat sahaja 'projek' Photoshop yang dilakukan, aku juga mula mengantuk.'
๐๐๐
No comments:
Post a Comment