1. “Apakah menu
yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan
oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.
3. Biarpun wajah
kedua-dua pemuda itu agak sepadan,
perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di
mahkamah di atas tuduhan menggelapkan
wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai
pertandingan menjelajah ke seluruh
negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
6. Beribu ayam ternakan dihapuskan
oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang merebak
di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat
Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana para penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk
menandatangani surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada
bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi
mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguh mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin
membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu diambil
segera.
13. Kini,
bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara
kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai
akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu
saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat menggemari
makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan daripada
maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya
diberkas dan didakwa di muka
perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.
19. Mereka yang
hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan geseran biola seorang ahli muzik tanah
air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai
masih berada di ibu negara berkenaan.
21. Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana
dua buah tayar kereta yang
dipandunya meletup.
22. Setiap pagi
hari minggu, ibu akan mengejutkan
kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang
menjahit songket itu memberi taklimat
kepada kami tentang perjalanan kilang
tersebut sebaik sahaja kami sampai ke
situ.
24. Mereka menempuh pelbagai
cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut apabila
mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di
kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu-ribu
ekor rusa telah diternak di kawasan
ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu pada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahi
kakak sebuah telefon bimbit kerana
mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Sesetengah
penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila
para pemain gagal menjaringkan gol.
30. Penyelidik di
hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang ramai.
31. Dimaklumkan
bahawa peragaan pakaian ini akan
dirasmikan oleh seorang tokoh
perniagaan yang
terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan
negara dari semasa ke semasa
agar tanah air yang tercinta ini
tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar
negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan
tanah air kita daripada ancaman musuh.
35. Kebanyakan
peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan
yang bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar
mempercepatkan kerja-kerja
pembinaan rumah kos rendah
yang sedang terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah
disebabkan oleh kelemahan
pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan
jenayah yang dilakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi
pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.
42. Tapak sirih
yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak
pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengesahkan
bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang
dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang
kepupusan beberapa jenis burung di
negara kita dalam tempoh satu tahun
setengah.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk memulihkan
masalah pendidikan di negara kita.
46. Sekiranya
surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Oleh kerana
cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan
pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini adalah
kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha
Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan
keluaran mereka.
No comments:
Post a Comment