Cakap Pindah
Latihan 1
Salleh bertanya kepada Ani berkenaan rancangannya. Ani yang bingung bertanya kepada Salleh berkenaan rancangan yang dimaksudkan. Lalu Salleh menerangkan kepada Ani bahawa dia maksudkan berkenaan rancangan Ani mendaki gunung yang pernah diberitahu kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan kepada Salleh bahawa ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu hadapan. Salleh menyokong rancangan tersebut lalu membuatkan Ani tersenyum puas.
Latihan 2
Ani yang keseorangan berkata dia tidak ada sesiapa lagi. Tuk Yahya berkata kepada Ani bahawa di situ bahaya dan tidak boleh didiami lagi. Namun, Ani masih lagi merengek bahawa dia tidak ada sesiapa. Ani berkata lagi bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah lagi kerana pasti akan ada bom yang jatuh lagi. DIa juga berkata bahawa Datuk sudah tiada sambil meraung. Tuk Yahya memujuk Ani sambil berkata bahawa Ani masih lagi ada dia dan juga Comot.
Latihan 3
Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia muram sahaja. Salim yang sayu menerangkan kepada NIzam bahawa Cikgu Kahirul bertanya kepadanya berkenaan yuran peperiksaannya yang belum dibayar. Nizam yang hairan bertanya kepada Salim mengenai biasiswa yang telah didapatinya. Salim menerangkan lagi kepada Nizam bahawa duit tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital. Nizam kemudiannya mencadangkan kepada Salim supaya berjumpa dengan Cikgu Khairul. Namun, Salim berasa takut kerana Cikgu Khairul sangat garang.
Latihan 4
Mawi bertanya kepada Felix mengenai nama mi yang sedang dimakan olehnya. Felix kemudiannya berkata bahawa namanya Mi Pedas. Mawi pula masih tidak percaya akan nama tersebut kerana Mi tersebut sememangnya pedas. Felix cuba menerangkan kepada Mawi bahawa nama mi tersebut sememangnya Mi Pedas seperti yang dikatakan Dolah. Felix menerangkan lagi dia sememangnya ke situ bagi membelanja Mi tersebut kepada Mawi.
Latihan 5
Norhayati yang bimbang bertanya kepada Norasyikin berkenaan ketidakhadirannya ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf dan menerangkan bahawa dia ada hal semalam. Norhayati kian bimbang dan bertanya kepada Norasyikin berkenaan hal tersebut. Norasyikin kemudiannya memberitahu bahawa ibunya sedang sakit.
Cakap Ajuk
Latihan 1
Kamariah : Negara Malaysia memang banyak tempat menarik unutk dikunjungi.
Samad : Betul tu Kamariah. Di Malaysia terdapat banyak pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Saya hairanlah, mengapa terdapat ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah : Betul tu Aziz.
Samad : Saya rasa ianya berlaku mungkin kerana terdapat kurang promosi untuk menarik minat pelancong tempatan.
Aziz : Benar tu Samad.
Kamariah : Pada pendapat saya, pihak swasta seperti pusat-pusat pelancingan tempatan harus memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan.
Samad : Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah , Samad : Betul tu.
Latihan 2
Mak Limah : Abang nak ke mana tu?
Pak Usop : Abang nak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Abang makanlah nasi dulu. Lapar nanti.
Pak Usop : Abang sebenarnya nak letak jawatan sebagai pemandu bas Koperasi Maju.
Mak Limah : Nanti macam mana abang nak kerja?
Pak Usop : Abang bercadang nak memohon pinjaman MARA untuk membeli sebuah bas.
No comments:
Post a Comment