Sunday, 9 July 2017

Cara - Cara Memupuk Semangat Patriotik di Kalangan Pelajar (Isi)

- PIhak kerajaan menggalakkan para pelajar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilancarkan kerajaan
- Memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan institusi-institusi pengajian
- Agensi-agensi kerajaan menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah-sekolah dan kawasan perkampungan
- Mengadakan kempen secara besar-besaran di media massa
- Ibu bapa menyemai nilai cinta akan negara dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi


Tuesday, 2 May 2017

Peperiksaan Percubaan SPM - Pulau Pinang 2016

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
(i)      Wanita tua yang dinyatakan dalam petikan tersebut berpakaian kain kapas nipis. Tudungnya puladitarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.
(ii)     Pada pendapat saya, antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menyediakan tempat penginapan bagi mereka. Selain itu, bantuan kewangan juga boleh diberikan kepada mereka.
(iii)    Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemiskinan hidup warga emas. Contohnya wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak.
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa. Contohnya, Aku berbudi bahasa ketika bertutur  dengan pekedai berbangsa Turki itu.

Soalan 2(c)  - Petikan Prosa Tradisional
(i)        Rangkai kata senantiasa betinggit membawa maksud selalu bermusuhan.
(ii)       Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, berlaku perpecahan di kalangan anak Melayu. Tambahan lagi, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa bermusuhan.
(iii)      Pada pendapat saya, sekiranya pemimpin tidak bermuafakat, negara akan mundur kerana masa bukan diluangkan membina negara, namun diluangkan membina pengaruh masing-masing. Selain itu, negara akan mudah dijajah kuasa luar kerana rakyat yang berpecah-belah dan tiada perpaduan di dalam negara.

Soalan 2(d) - Gurindam
(i)           Rangkap gurindam tersebut membawa maksud bahawa sesiapa yang seseorang yang telah menyumbang jasa akan sentiasa di sanjung dan diingati.
(ii)          Pada pendapat saya, dalam pergaulan, bahasa kasar tidak boleh digunakan kerana bahasa-bahasa kasar membawa maksud yang tidak elok dan boleh menyinggung perasaan seseorang. Selain itu, bahasa yang digunakan mencerminkan peribadi diri kita yang sebenar. Tambahan pula, penggunaan bahasa yang kasar boleh menyebabkan perselisihan faham diantara dua atau lebih pihak.
(iii)         Pengajaran yang daripada gurindam tersebut ialah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Walaupun kita tidak arif akan sesuatu bidang ilmu itu, sekiranya rajin belajar pasti akan pandai.
Pengajaran lain dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati ketika bertutur kata. Kata-kata yang dilontar hendaklah manis didengar dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Tuesday, 25 April 2017

Peperiksaan Percubaan SPM - Terengganu 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)        Antara punca-punca bonda menghalang Mel bermastautin di bandar adalah kerana ilmu agama Mel yang masih cetek dan nipis. Selain itu, bahasa ibundanya juga masih lemah.
(ii)       Pada pandangan saya,  untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang, didikan agama perlu diberi kepada mereka dari usia yang kecil lagi. Dengan didikan agama yang mencukupi, mereka akan bijak membezakan diantara yang baik dengan yang buruk. Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan. Subjek-subjek berunsurkan jati diri boleh diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah.
(iii)      Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah, kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar tidak lupa diri dan hanyut. Pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen ini ialah kita mestilah rajin membaca bahan bacaan ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)    Rangkai kata dilihatnya seorang perlente mati membawa maksud dilihat seorang penjahat meninggal dunia.
(ii)   Tindakan yang dilakukan Laksamana terhadap Kertala Sari ialah menikam dan membunuh kertala sari. Selepas itu, Laksamana memotong kemaluan Kertala Sari dengan kerisnya.
(iii)  Pada pendapat saya, kita perlu melakukan perancangan yang mencukupi supaya sesuatu pekerjaan dilakukan berjaya dilaksanakan tanpa masalah. Selain itu, kita perlu melakukan perancangan sebagai persediaan awal sebelum melakukan sesuatu.

Soalan 2(d) - Sajak
(i)          Melalui petikan sajak di atas, penyajak ingin menyampaikan mesej kasih sayang seorang bapa kepada anaknya yang tidak terbatas.
(ii)        Pada pendapat saya, sebelum bergelar pelajar universiti, mereka perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya supaya mereka mampu berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa seperti rakan-rakan dan ibu bapa. Selain itu, mereka perlu bersedia supaya tidak hanyut dengan budaya baharu di bandar kelak.
(iii)      Persoalan yang terdapat dalam sajak ialah persoalan kepentingan menuntut ilmu. Contohnya, penyajak sanggup menghantar anak kesayangannya menuntut ilmu ke menara gading. Persoalan lain yang terdapat dalam sajak ialah persoalan cabaran hidup di tempat baharu. Contohnya, penyajak mengingatkan anaknya akan cabaran dan perkara negatif  yang bakal berlaku di kampus kelak.


Peperiksaan Percubaan SPM - MRSM 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)      Ahmad Mutawakkil berpandangan bahawa orang Melayu berbudi bahasa. Selain itu, Ahmad Mutawakkil juga berpandangan orang Melayu tidak mengerti bermusuhan.
(ii)     Pada pendapat saya, untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula, pihak kerajaan perlu menyediakan pertahanan yang kuat menentang ancaman musuh. Selain itu, rakyat negara perlu mengekalkan dan memantapkan lagi perpaduan antara satu sama lain.
(iii)     Satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah keberanian seorang anak muda dalam meyuarakan pendapat sendiri. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani menyuarakan pendapatnya walaupun masih muda.
Satu persoalan yang tidak terdapat dalam petikan ialah ketabahan dalam mengharungi kesulitan. Contohnya, penduduk kampung tabah mengharungi dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)       Rangkai kata menyuruh berlengkap membawa maksud memerintahkan persiapan berperang.
(ii)      Setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka, Sidi Arab berdiri di hadapan raja dan menghalakan panahnya ke benua Siam. Sambil menarik panahnya beliau berkata, "Mati engkau, Cau Pandan".
(iii)     Ikhtiar yang  boleh dilakukan oleh seorang pemerintah bagi mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan ialah mengadakan rundingan dengan negara terlibat sebelum peperangan berlaku. Selain itu, perjanjian damai boleh diadakan supaya tidak ada negara yang memulakan peperangan.

Soalan 2(d) - Syair
(i)       Apabila diserang oleh burung garuda, rakyat menjadi gempar dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.
(ii)      Pada pendapat saya, antara persediaan yang boleh dilakukan ialah pihak berkuasa harus menyediakan keperluan harian seperti makanan dan pakaian yang mencukupi kepada bakal mangsa. Selain itu, latihan menyelamat dilakukan dengan lebih kerap oleh anggota penyelamat sekiranya berlaku sesuatu musibah.
(iii)     Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang adil. Contohnya, baginda memerintah dengan adil. Seterusnya, Raja Negeri Kembayat ialah seorang raja yang bertanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri Kembayat bertanyakan keadaan negerinya yang telah diserang musuh.

Soalan 4 - Novel
(a)      Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Sekolah Inggeris,  Adnan menuntut ilmu di Sekolah Inggeris setelah Pak Saidi berkeras mahu menghantarnya ke sana.
Latar tempat yang kedua ialah Bukit Candu. Bukit Candu menjadi tempat pertempuran Leftenan Adnan bersama-sama askar Melayu dengan tentera Jepun. Namun, akhirnya askar Melayu tewas di tangan Jepun.

(b)      Peristiwa yang tidak boleh dicontohi dalam novel Tirani ialah sikap Waheeda yang melayan Dr. Rushdi dan Halloway. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan Waheeda menimbulkan perasaan kemarahan dan cemburu suaminya.

Peristiwa yang tidak boleh dicontohi dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah ketika Guru Besar Steward yang memandang rendah akan kebolehan Adnan dan Pak Saidi. Perbuatan ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan merendah-rendahkan kebolehan orang lain adalah biadap dan tidak bermoral.

Peperiksaan Percubaan SPM - SBP 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)     Nama Aiman Aqil membawa maksud insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
(ii)    Pada pendapat saya, antara insentif yang boleh diambil adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. Selain itu, biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti terkemuka boleh diberikan kepada mereka.
(iii)   Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah kebanggan terhadap identiti diri. Contohnya, Aiman Aqil bangga akan namanya yang membawa makna yang baik.
Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini ialah ketegasan guru dalam mendidik pelajar. Contohnya, guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana menggangu rakan-rakan.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)      Rangkai kata mengadukan halnya bermaksud melaporkan masalahnya.
(ii)     Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah supaya menjaga pedang sebilah itu baik-baik. Peringatan yang lain ialah supaya pedang itu jangan diberi berkarat.
(iii)    Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka supaya mereka dapat berlawan menentang musuh dengan sepenuh hati. Selain itu, mereka akan berasa senang hati dan tidak gelisah sekiranya berdekatan dengan anak dan isteri mereka.

Soalan 2(d) - Puisi
(i)      Rangkap kelima gurindam membawa maksud nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang.
(ii)     Pada pendapat saya, tingkah laku perlu dijaga supaya kita disenangi di dalam masyarakat. Selain itu, kita juga akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat.
(iii)    Berdasarkan gurindam tersebut, nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini ialah nilah kebijaksanaan. Contohnya kebijaksanaan dalam berkata-kata. Selain itu, pelajar boleh amalkan nilai kesabaran. Contohnya, memelihara mata ketika melihat perkara negatif.

Soalan 4 - Novel
(a)      Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan Bin Saidi. Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Buktinya, beliau bekerja keras bukan kerana pangkatnya tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Selain itu, Leftenan Adnan merupakan seorang yang bernani menentang musuh. Contohnya, beliau berani berjuang menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
(b)      Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani pula ialah Silicon Medical Centre di Singapura. Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik di sini.

Tuesday, 28 February 2017

Jurnal Harian - 28/2/2017

Alhamdulillah, hari ini aku bangun awal. Aku berjaya ke Dewan Serbaguna sebelum jam 7:30😸😸
Aku berjaya ubah kesilapan yang telah dilakukan semalam .... Harapnya, prestasiku ini dapat diteruskan sehingga esok. Aamiiiiin.....

Perhimpunan hari ini berjalan seperti biasa, diteruskan juga dengan sesi persekolahan yang seperti biasa. Aku rasa.... tiada apa yang menarik atau luar biasa berlaku pada hari ini. 

Setelah tamat sesi persekolahan, hari ini, aku merupakan salah seorang daripada 35 orang pelajar yang terlibat dengan sebuah ceramah bertempat di Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Experience Sharing Session : 'Winter School At Gifu University Japan' 
Ianya di sampaikan oleh Saudara Muhammad Johan dan Saudari Fatimah Zahrah yang kedua-duanya merupakan pelajar Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun lepas, mereka berdua berpeluang ke  岐阜大学 (Gifu Daigaku) ataupun dikenali sebagai Gifu University, bagi menyertai program Winter School mereka yang kali ke-2.

Winter School kali ini disertai oleh 8 orang peserta, 6 orang daripada mereka terdiri daripada siswa dan siswi dari India. Di sana, mereka berpeluang menyertai dan melakukan sedikit penyelidikan mengikut bidang yang telah dipilih mereka. Penyelidikan mereka melibatkan dengan penggunaan dan ciri-ciri EMAA Ionomer.

Namun, sesi ini lebih kepada sesi berkongsi pengalaman mereka sewaktu di Jepun. Kami berpeluang mendengar mereka bertutur dalam Bahasa Jepun. Bahasa yang digunakan mereka agak ringkas dan mudah difaham. Antara yang sempat mereka kongsikan adalah perbezaan masyarakat Jepun berbanding Malaysia. Masyarakat Jepun sangat menepati masa. Jika dibandingkan dengan kita ...... 😓

Pada jam 4, kami semua pulang ke Kolej PERMATApintar™....




Latihan : LAPORAN HARI KERJAYA

LAPORAN HARI KERJAYA ANJURAN PUSAT PERMATApintar™ NEGARA 2017

             Pada 15 Februari 2017, Pusat PERMATApintar™ Negara telah menganjurkan Hari Kerjaya yang bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar™ Negara. Tujuan Hari Kerjaya ini diadakan adalah untuk memberi gambaran dan idea awal kepada para peserta mengenai dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi mereka. Program ini juga membantu para pelajar dari segi langkah yang perlu diambil setelah tamat pengajian di Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi. 
             Program ini disertai oleh para pelajar dari Kolej PERMATApintar™, ASASIpintar™, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Seawal jam 8 pagi, para peserta telah berada di dalam dewan Auditorium Pusat PERMATApintar™, dan program dimulakan dengan ucapan perasmian daripada pengarah Pusat PERMATApintar™ Negara, Profesor Datuk Dr. Noriah Bt Mohd Ishak.
             Selepas itu, para pelajar Asas 1, 2, dan 3 daripada Kolej PERMATApintar™ serta para pelajar jemputan menghadiri Slot Inventori Kerjaya. Slot ini bertujuan memberi gambaran awal kepada para peserta mengenai bidang pekerjaan yang sesuai dengan personaliti mereka. Selain itu, slot ini juga membantu para peserta mengenali kelemahan serta kekuatan diri sendiri dalam pelbagai aspek. 
             Manakala, para pelajar Tahap 1 dan 2 Kolej PERMATApintar™ dan ASASIpintar™ mendengar taklimat daripada wakil syarikat SIME DARBY Sdn. Bhd. . Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang berminat menyambung pengajian di luar negara antaranya program Excellence Programme, Bursary Programme dan Skill Enrichment Programme. Para pemohon perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti keputusan SPM dan kemahiran sosial yang sesuai. 
             Selepas minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot menulis resume dan CV (curriculum vitae). Resume yang ditulis hendaklah lengkap dengan biodata ringkas, pengalaman dalam bidang serta pencapaian peribadi. Resume hendaklah kemas di samping menarik minat majikan. Resume yang ditulis juga perlu ringkas supaya mudah dibaca.
             Di waktu petang, para peserta diberi peluang melawat booth pameran yang memberikan pendedahan berkenaan bidang-bidang yang boleh diceburi pelajar dalam meneruskan pengajian di IPT. Pameran tersebut disediakan oleh pelbagai fakulti daripada Universiti Kebangsaan Malaysia serta beberapa syarikat yang berminat seperti SIME DARBY Sdn. Bhd. .Selain itu, para pelajar Kolej PERMATApintar™ juga telah mengusahakan beberapa gerai jualan yang berbagai. Program tamat sekitar jam 5 petang setelah booth pameran ditutup.


Disediakan oleh,                                                                                                        28 Februari 2017

____イIskandarス___
Pelajar Tahap 2,
Kolej PERMATApintar™,
Pusat PERMATApintar™ Negara