Sunday, 9 July 2017

Cara - Cara Memupuk Semangat Patriotik di Kalangan Pelajar (Isi)

- PIhak kerajaan menggalakkan para pelajar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilancarkan kerajaan
- Memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik dalam kurikulum di sekolah dan institusi-institusi pengajian
- Agensi-agensi kerajaan menjalankan aktiviti yang bersesuaian seperti sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah-sekolah dan kawasan perkampungan
- Mengadakan kempen secara besar-besaran di media massa
- Ibu bapa menyemai nilai cinta akan negara dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi


Tuesday, 2 May 2017

Peperiksaan Percubaan SPM - Pulau Pinang 2016

Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
(i)      Wanita tua yang dinyatakan dalam petikan tersebut berpakaian kain kapas nipis. Tudungnya puladitarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.
(ii)     Pada pendapat saya, antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menyediakan tempat penginapan bagi mereka. Selain itu, bantuan kewangan juga boleh diberikan kepada mereka.
(iii)    Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemiskinan hidup warga emas. Contohnya wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak.
Satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen ialah persoalan berbudi bahasa tanpa mengira bangsa. Contohnya, Aku berbudi bahasa ketika bertutur  dengan pekedai berbangsa Turki itu.

Soalan 2(c)  - Petikan Prosa Tradisional
(i)        Rangkai kata senantiasa betinggit membawa maksud selalu bermusuhan.
(ii)       Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, berlaku perpecahan di kalangan anak Melayu. Tambahan lagi, Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa bermusuhan.
(iii)      Pada pendapat saya, sekiranya pemimpin tidak bermuafakat, negara akan mundur kerana masa bukan diluangkan membina negara, namun diluangkan membina pengaruh masing-masing. Selain itu, negara akan mudah dijajah kuasa luar kerana rakyat yang berpecah-belah dan tiada perpaduan di dalam negara.

Soalan 2(d) - Gurindam
(i)           Rangkap gurindam tersebut membawa maksud bahawa sesiapa yang seseorang yang telah menyumbang jasa akan sentiasa di sanjung dan diingati.
(ii)          Pada pendapat saya, dalam pergaulan, bahasa kasar tidak boleh digunakan kerana bahasa-bahasa kasar membawa maksud yang tidak elok dan boleh menyinggung perasaan seseorang. Selain itu, bahasa yang digunakan mencerminkan peribadi diri kita yang sebenar. Tambahan pula, penggunaan bahasa yang kasar boleh menyebabkan perselisihan faham diantara dua atau lebih pihak.
(iii)         Pengajaran yang daripada gurindam tersebut ialah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Walaupun kita tidak arif akan sesuatu bidang ilmu itu, sekiranya rajin belajar pasti akan pandai.
Pengajaran lain dalam gurindam tersebut ialah berhati-hati ketika bertutur kata. Kata-kata yang dilontar hendaklah manis didengar dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Tuesday, 25 April 2017

Peperiksaan Percubaan SPM - Terengganu 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)        Antara punca-punca bonda menghalang Mel bermastautin di bandar adalah kerana ilmu agama Mel yang masih cetek dan nipis. Selain itu, bahasa ibundanya juga masih lemah.
(ii)       Pada pandangan saya,  untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang, didikan agama perlu diberi kepada mereka dari usia yang kecil lagi. Dengan didikan agama yang mencukupi, mereka akan bijak membezakan diantara yang baik dengan yang buruk. Selain itu, guru di sekolah juga memainkan peranan. Subjek-subjek berunsurkan jati diri boleh diterapkan dalam mata pelajaran di sekolah.
(iii)      Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah, kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar tidak lupa diri dan hanyut. Pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen ini ialah kita mestilah rajin membaca bahan bacaan ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)    Rangkai kata dilihatnya seorang perlente mati membawa maksud dilihat seorang penjahat meninggal dunia.
(ii)   Tindakan yang dilakukan Laksamana terhadap Kertala Sari ialah menikam dan membunuh kertala sari. Selepas itu, Laksamana memotong kemaluan Kertala Sari dengan kerisnya.
(iii)  Pada pendapat saya, kita perlu melakukan perancangan yang mencukupi supaya sesuatu pekerjaan dilakukan berjaya dilaksanakan tanpa masalah. Selain itu, kita perlu melakukan perancangan sebagai persediaan awal sebelum melakukan sesuatu.

Soalan 2(d) - Sajak
(i)          Melalui petikan sajak di atas, penyajak ingin menyampaikan mesej kasih sayang seorang bapa kepada anaknya yang tidak terbatas.
(ii)        Pada pendapat saya, sebelum bergelar pelajar universiti, mereka perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya supaya mereka mampu berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa seperti rakan-rakan dan ibu bapa. Selain itu, mereka perlu bersedia supaya tidak hanyut dengan budaya baharu di bandar kelak.
(iii)      Persoalan yang terdapat dalam sajak ialah persoalan kepentingan menuntut ilmu. Contohnya, penyajak sanggup menghantar anak kesayangannya menuntut ilmu ke menara gading. Persoalan lain yang terdapat dalam sajak ialah persoalan cabaran hidup di tempat baharu. Contohnya, penyajak mengingatkan anaknya akan cabaran dan perkara negatif  yang bakal berlaku di kampus kelak.


Peperiksaan Percubaan SPM - MRSM 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)      Ahmad Mutawakkil berpandangan bahawa orang Melayu berbudi bahasa. Selain itu, Ahmad Mutawakkil juga berpandangan orang Melayu tidak mengerti bermusuhan.
(ii)     Pada pendapat saya, untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula, pihak kerajaan perlu menyediakan pertahanan yang kuat menentang ancaman musuh. Selain itu, rakyat negara perlu mengekalkan dan memantapkan lagi perpaduan antara satu sama lain.
(iii)     Satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah keberanian seorang anak muda dalam meyuarakan pendapat sendiri. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani menyuarakan pendapatnya walaupun masih muda.
Satu persoalan yang tidak terdapat dalam petikan ialah ketabahan dalam mengharungi kesulitan. Contohnya, penduduk kampung tabah mengharungi dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)       Rangkai kata menyuruh berlengkap membawa maksud memerintahkan persiapan berperang.
(ii)      Setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan akan menyerang Melaka, Sidi Arab berdiri di hadapan raja dan menghalakan panahnya ke benua Siam. Sambil menarik panahnya beliau berkata, "Mati engkau, Cau Pandan".
(iii)     Ikhtiar yang  boleh dilakukan oleh seorang pemerintah bagi mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan ialah mengadakan rundingan dengan negara terlibat sebelum peperangan berlaku. Selain itu, perjanjian damai boleh diadakan supaya tidak ada negara yang memulakan peperangan.

Soalan 2(d) - Syair
(i)       Apabila diserang oleh burung garuda, rakyat menjadi gempar dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.
(ii)      Pada pendapat saya, antara persediaan yang boleh dilakukan ialah pihak berkuasa harus menyediakan keperluan harian seperti makanan dan pakaian yang mencukupi kepada bakal mangsa. Selain itu, latihan menyelamat dilakukan dengan lebih kerap oleh anggota penyelamat sekiranya berlaku sesuatu musibah.
(iii)     Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang adil. Contohnya, baginda memerintah dengan adil. Seterusnya, Raja Negeri Kembayat ialah seorang raja yang bertanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri Kembayat bertanyakan keadaan negerinya yang telah diserang musuh.

Soalan 4 - Novel
(a)      Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Sekolah Inggeris,  Adnan menuntut ilmu di Sekolah Inggeris setelah Pak Saidi berkeras mahu menghantarnya ke sana.
Latar tempat yang kedua ialah Bukit Candu. Bukit Candu menjadi tempat pertempuran Leftenan Adnan bersama-sama askar Melayu dengan tentera Jepun. Namun, akhirnya askar Melayu tewas di tangan Jepun.

(b)      Peristiwa yang tidak boleh dicontohi dalam novel Tirani ialah sikap Waheeda yang melayan Dr. Rushdi dan Halloway. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan Waheeda menimbulkan perasaan kemarahan dan cemburu suaminya.

Peristiwa yang tidak boleh dicontohi dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah ketika Guru Besar Steward yang memandang rendah akan kebolehan Adnan dan Pak Saidi. Perbuatan ini tidak wajar dicontohi kerana tindakan merendah-rendahkan kebolehan orang lain adalah biadap dan tidak bermoral.

Peperiksaan Percubaan SPM - SBP 2016

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen
(i)     Nama Aiman Aqil membawa maksud insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.
(ii)    Pada pendapat saya, antara insentif yang boleh diambil adalah dengan memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. Selain itu, biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti terkemuka boleh diberikan kepada mereka.
(iii)   Persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah kebanggan terhadap identiti diri. Contohnya, Aiman Aqil bangga akan namanya yang membawa makna yang baik.
Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini ialah ketegasan guru dalam mendidik pelajar. Contohnya, guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana menggangu rakan-rakan.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
(i)      Rangkai kata mengadukan halnya bermaksud melaporkan masalahnya.
(ii)     Peringatan-peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah supaya menjaga pedang sebilah itu baik-baik. Peringatan yang lain ialah supaya pedang itu jangan diberi berkarat.
(iii)    Tun Perak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka supaya mereka dapat berlawan menentang musuh dengan sepenuh hati. Selain itu, mereka akan berasa senang hati dan tidak gelisah sekiranya berdekatan dengan anak dan isteri mereka.

Soalan 2(d) - Puisi
(i)      Rangkap kelima gurindam membawa maksud nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang.
(ii)     Pada pendapat saya, tingkah laku perlu dijaga supaya kita disenangi di dalam masyarakat. Selain itu, kita juga akan dipandang tinggi oleh anggota masyarakat.
(iii)    Berdasarkan gurindam tersebut, nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini ialah nilah kebijaksanaan. Contohnya kebijaksanaan dalam berkata-kata. Selain itu, pelajar boleh amalkan nilai kesabaran. Contohnya, memelihara mata ketika melihat perkara negatif.

Soalan 4 - Novel
(a)      Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan Bin Saidi. Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab. Buktinya, beliau bekerja keras bukan kerana pangkatnya tetapi baginya menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberi. Selain itu, Leftenan Adnan merupakan seorang yang bernani menentang musuh. Contohnya, beliau berani berjuang menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
(b)      Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.
Latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani pula ialah Silicon Medical Centre di Singapura. Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik di sini.

Tuesday, 28 February 2017

Jurnal Harian - 28/2/2017

Alhamdulillah, hari ini aku bangun awal. Aku berjaya ke Dewan Serbaguna sebelum jam 7:30😸😸
Aku berjaya ubah kesilapan yang telah dilakukan semalam .... Harapnya, prestasiku ini dapat diteruskan sehingga esok. Aamiiiiin.....

Perhimpunan hari ini berjalan seperti biasa, diteruskan juga dengan sesi persekolahan yang seperti biasa. Aku rasa.... tiada apa yang menarik atau luar biasa berlaku pada hari ini. 

Setelah tamat sesi persekolahan, hari ini, aku merupakan salah seorang daripada 35 orang pelajar yang terlibat dengan sebuah ceramah bertempat di Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Experience Sharing Session : 'Winter School At Gifu University Japan' 
Ianya di sampaikan oleh Saudara Muhammad Johan dan Saudari Fatimah Zahrah yang kedua-duanya merupakan pelajar Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun lepas, mereka berdua berpeluang ke  岐阜大学 (Gifu Daigaku) ataupun dikenali sebagai Gifu University, bagi menyertai program Winter School mereka yang kali ke-2.

Winter School kali ini disertai oleh 8 orang peserta, 6 orang daripada mereka terdiri daripada siswa dan siswi dari India. Di sana, mereka berpeluang menyertai dan melakukan sedikit penyelidikan mengikut bidang yang telah dipilih mereka. Penyelidikan mereka melibatkan dengan penggunaan dan ciri-ciri EMAA Ionomer.

Namun, sesi ini lebih kepada sesi berkongsi pengalaman mereka sewaktu di Jepun. Kami berpeluang mendengar mereka bertutur dalam Bahasa Jepun. Bahasa yang digunakan mereka agak ringkas dan mudah difaham. Antara yang sempat mereka kongsikan adalah perbezaan masyarakat Jepun berbanding Malaysia. Masyarakat Jepun sangat menepati masa. Jika dibandingkan dengan kita ...... 😓

Pada jam 4, kami semua pulang ke Kolej PERMATApintar™....




Latihan : LAPORAN HARI KERJAYA

LAPORAN HARI KERJAYA ANJURAN PUSAT PERMATApintar™ NEGARA 2017

             Pada 15 Februari 2017, Pusat PERMATApintar™ Negara telah menganjurkan Hari Kerjaya yang bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar™ Negara. Tujuan Hari Kerjaya ini diadakan adalah untuk memberi gambaran dan idea awal kepada para peserta mengenai dunia pekerjaan yang bakal ditempuhi mereka. Program ini juga membantu para pelajar dari segi langkah yang perlu diambil setelah tamat pengajian di Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi. 
             Program ini disertai oleh para pelajar dari Kolej PERMATApintar™, ASASIpintar™, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri. Seawal jam 8 pagi, para peserta telah berada di dalam dewan Auditorium Pusat PERMATApintar™, dan program dimulakan dengan ucapan perasmian daripada pengarah Pusat PERMATApintar™ Negara, Profesor Datuk Dr. Noriah Bt Mohd Ishak.
             Selepas itu, para pelajar Asas 1, 2, dan 3 daripada Kolej PERMATApintar™ serta para pelajar jemputan menghadiri Slot Inventori Kerjaya. Slot ini bertujuan memberi gambaran awal kepada para peserta mengenai bidang pekerjaan yang sesuai dengan personaliti mereka. Selain itu, slot ini juga membantu para peserta mengenali kelemahan serta kekuatan diri sendiri dalam pelbagai aspek. 
             Manakala, para pelajar Tahap 1 dan 2 Kolej PERMATApintar™ dan ASASIpintar™ mendengar taklimat daripada wakil syarikat SIME DARBY Sdn. Bhd. . Yayasan Sime Darby menawarkan biasiswa kepada para pelajar yang berminat menyambung pengajian di luar negara antaranya program Excellence Programme, Bursary Programme dan Skill Enrichment Programme. Para pemohon perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti keputusan SPM dan kemahiran sosial yang sesuai. 
             Selepas minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot menulis resume dan CV (curriculum vitae). Resume yang ditulis hendaklah lengkap dengan biodata ringkas, pengalaman dalam bidang serta pencapaian peribadi. Resume hendaklah kemas di samping menarik minat majikan. Resume yang ditulis juga perlu ringkas supaya mudah dibaca.
             Di waktu petang, para peserta diberi peluang melawat booth pameran yang memberikan pendedahan berkenaan bidang-bidang yang boleh diceburi pelajar dalam meneruskan pengajian di IPT. Pameran tersebut disediakan oleh pelbagai fakulti daripada Universiti Kebangsaan Malaysia serta beberapa syarikat yang berminat seperti SIME DARBY Sdn. Bhd. .Selain itu, para pelajar Kolej PERMATApintar™ juga telah mengusahakan beberapa gerai jualan yang berbagai. Program tamat sekitar jam 5 petang setelah booth pameran ditutup.


Disediakan oleh,                                                                                                        28 Februari 2017

____イIskandarス___
Pelajar Tahap 2,
Kolej PERMATApintar™,
Pusat PERMATApintar™ Negara

Monday, 27 February 2017

Jurnal Harian - 27/2/2017



😴😴😴😴😴😴

 Hari ini aku bangun lewat😣😣

Setelah solat subuh, aku tidur semula. Buka sahaja mata....... 7:40!!
Aku bergegas ke tandas dan mandi. Nasib baik uniform sekolah telah aku gosok. Dengan pantas aku menyarung uniform dan terus ke Dewan Serbaguna bagi menghadiri perhimpunan. Alhamdulillah, aku sempat tiba sebelum perhimpunan mula.

Hari persekolahan berjalan seperti biasa pada hari ini.

Di waktu petang, kami ahli MTP mengadakan mesyuarat bersama Presiden MTP, saudara Al-Dazreen Aidid Bin Roskushairi. Ketika mesyuarat tersebut, kami membincangkan tentang 🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊 ... rahsia.....

Selepas itu, aku serta ahli 5K1 yang lain meneruskan penggambaran video bagi Novel Tirani yang telah lama tertangguh. Menyesal rasanya membiarkan kerja tertangguh. Akhirnya kami terima padahnya 😢😢. Maaf Cikgu......

Malam, aku ke medan pertarungan!!
Perlawanan Scrabble antara aku dan Leo telah lama tertangguh. Akhirnya, pada malam yang dingin ini, akhirnya kami bersua juga di medan ini.💪💪💪💪

Sunday, 26 February 2017

Latihan : Tatabahasa dan Istilah



1. “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia masak.
 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.              

6. Beribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang     merebak di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik sahaja     menerima arahan daripada pihak berkuasa.

 8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana para penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.  

9. Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguh mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.

13. Kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana melepaskan sisa toksik ke dalam sungai akan      disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat menggemari makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti      tepung itu.

17. Berdasarkan daripada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.

18. Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh       kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan geseran biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.


20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di       taman yang berhampiran.

 23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang       tersebut sebaik sahaja kami sampai ke situ.

24. Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam       kemalangan.
25. Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di       kawasan landasan itu.

26. Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut       sebelum menyerahkan borang itu pada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam       peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain       gagal menjaringkan gol.

30. Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema       burung daripada meluas kepada orang ramai.

31. Dimaklumkan bahawa peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh
      perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar       tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pertukaran wang ke luar       negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bertaruh nyawa demi mempertahankan tanah air kita      daripada  ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang       bersimpang-siur sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis       bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja       pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan       pengurusan syarikat terbabit.

 39. Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan, namun       perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan       yang sewajarnya kepada orang ramai.

42. Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak       pengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar selepas melihat sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan       beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk       memulihkan masalah pendidikan di negara kita.

46. Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.

47. Oleh kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.

48. Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan       yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini adalah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke       semasa hingga mencecah satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan      dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.


Latihan : Peribahasa

Latihan 1:

1. bagaikan kera mendapat bunga
    -Orang yang tidak tahu menghargai pemberian
    -Kamal bersikap bagaikan kera mendapat bunga apabila membuang hadiah yang diberi rakannya.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
    -Disebabkan seorang, nama semua orang menjadi buruk
    -Kes salah guna dadah itu telah menyebabkan satu keluarganya dipandang hina, kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
    -Sudah bersedia menerima hasil yang tidak pasti
    -Amir seperti burung terbang dipipiskan lada kerana sangat berharap jualannya akan berhasil walaupun belum pasti laku.
4. menegakkan benang yang basah
    -Menegakkan sesuatu yang pasti salah
    -Gopal seperti menegakkan benang yang basah ketika disoal guru disiplin mengenai rokok yang ditemui bersamanya.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
    -Dalam keadaan bahaya dan sulit
    -Ayu bagaikan telur dihujung tanduk di hadapan perompak rumahnya itu.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
    -Orang berilmu merendah diri tidak hilang ilmunya
    -Akram yang seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya kerana dia tidak pernah menunjuk-nunjuk di hadapan orang.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
    -Dapat untung banyak secara tiba-tiba
    -Datuk bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah harga pasaran getah melambung secara tiba-tiba.
8. matinya semut kerana gula
    -Menjadi susah kerana tamak
    -Kerana tertipu dengan keuntungan yang dijanjikan, Saodah kini hidup merempat kerana matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
    -Adik-beradik yang gaduh akhirnya berbaik semula
    -Pergaduhan Ana dan Ani tidak berkekalan kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
    -Kasih sayang tidak kekal
    -Cinta monyet mereka bagaikan embun di hujung rumput kerana berpisah hanya setelah 3 minggu.

Latihan 2:

1. seperti mendukung biawak hidup
    -Melakukan kerja yang berbahaya
    -Fazil seperti mendukung biawak hidup apabila merokok di perkarangan sekolah.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
    -mendapat kesusahan secara berterusan
    -Setelah kematian bapanya, Farah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila kakaknya pula meninggal dunia.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
    -Mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
    -Omar sanggup memanjakan anak orang lain bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana anaknya diabaikan sahaja.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
    -Keadaan serba salah
    -Ali bagai ditelan mati emak, dibuang mati bapak kerana terpaksa memilih antara ibunya dan ayahnya.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
    -Buat baik kerana sebab yang tersembunyi
    -Sejak akhir-akhir ini, dia sangat rapat dengan cikgu Jamil namun kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
    -Orang tamak akan rugi
    -Kerana tamak akan harta pusaka, mereka adik beradik telah berpecah belah bagaikan anjing dengan bayang-bayang.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
    -Tahu akan keadaan sebenar walaupun hayan melihat luarannya
    -Ibu sudah tahu tujuan Amar tiba-tiba melawatnya kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
    -Kerja bersungguh-sungguh sehingga membuahkan hasil
    -Setiap hari Akmal berlatih dengan gigih kerana genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
    -Melakukan kerja yang sia-sia
    -Ahmad bagai mencurah air ke daun keladi ketika menasihati kanak-kanak nakal itu.
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
    -Sedikit kesalahan orang lain nampak tetapi kesalahan sendiri tidak nampak
    -Dia seperti kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak kerana sering menyalahkan orang lain walaupun dia merupakan punca masalah.

Latihan 3:

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
    -Di tempat ada rezeki, ada orang ramai
    -Bandar Kuala Lumpur sesak dengan para pendatang asing yang mencari  pekerjaan bagaikan lalat mengharung najis.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
    -Sesuatu yang bertambah dengan banyak
    -Sejak 'Iffah menjadi pengawas perpustakaan, pelajar lelaki mengunjungi perpustakaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
    -Usaha yang berterusan
    -Adik gigih menabung setiap hari walaupun sepuluh sen kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
    -wajah yang serupa
    -Sukar bagi para guru untuk membezakan Amir dan kembarnya kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
    -Mendidik anak dari kecil   
    -Dari kecil Pak Mat mengajar anaknya menghormati orang tua kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
    -Barisan yang bengkang-bengkok
    -Puan Ros sering memarahi kami kerana barisan kelas yang seperti ular kena palu.
7. mati semut kerana gula
    -Menjadi susah kerana tamak
    -Oleh kerana tamak, Aida kini telah muflis seperti mati semut kerana gula.
8. bagai mendapat durian runtuh
    -Mendapat untung yang banyak
    -Dia bagai mendapat durian runtuh apabila saham syarikatnya naik melambung.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
    -Dua orang rapat bersama mempunyai cita-cita berbeza
    -Walaupun mereka kembar, mereka mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal tetap mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
    -Dengar satu keuntungan yang tidak pasti, yang sudah peroleh dibuang
    -Asyraf seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana meninggalkan isterinya bagi teman wanita yang baharu.







Latihan 4:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai     oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
    -Seperti menanam tebu di tepi bibir
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah     berbaik-baik semula seperti sediakala.
     -Biduk berlalu kiambang bertaut
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik       Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
     -Bagai itik pulang petang
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru       yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
     -
5. Walaupun  keluarga Encik  Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah,     namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
     -Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tidak boleh ditutup
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar     kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
     -Seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit
7. Walaupun asalnya Saidiyah  seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-     sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
     -Belakang parang jika diasah lagikan tajam
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam     pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
     -Kalau kail panjang sejengkal, laut usah diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di     kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
     -Bagai ikan pulang ke lubuk
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama  Farislullah  supaya berhenti merokok       sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
    -Bagi mencurah air ke daun keladi

Latihan : Cakap Pindah Cakap Ajuk

Cakap Pindah

Latihan 1
Salleh bertanya kepada Ani berkenaan rancangannya. Ani yang bingung bertanya kepada Salleh berkenaan rancangan yang dimaksudkan. Lalu Salleh menerangkan kepada Ani bahawa dia maksudkan berkenaan rancangan Ani mendaki gunung yang pernah diberitahu kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan kepada Salleh bahawa ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu hadapan. Salleh menyokong rancangan tersebut lalu membuatkan Ani tersenyum puas.

Latihan 2
Ani yang keseorangan berkata dia tidak ada sesiapa lagi. Tuk Yahya berkata kepada Ani bahawa di situ bahaya dan tidak boleh didiami lagi. Namun, Ani masih lagi merengek bahawa dia tidak ada sesiapa. Ani berkata lagi bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah lagi kerana pasti akan ada bom yang jatuh lagi. DIa juga berkata bahawa Datuk sudah tiada sambil meraung. Tuk Yahya memujuk Ani sambil berkata bahawa Ani masih lagi ada dia dan juga Comot.

Latihan 3
Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia muram sahaja. Salim yang sayu menerangkan kepada NIzam bahawa Cikgu Kahirul bertanya kepadanya berkenaan yuran peperiksaannya yang belum dibayar. Nizam yang hairan bertanya kepada Salim mengenai biasiswa yang telah didapatinya. Salim menerangkan lagi kepada Nizam bahawa duit tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital. Nizam kemudiannya mencadangkan kepada Salim supaya berjumpa dengan Cikgu Khairul. Namun, Salim berasa takut kerana Cikgu Khairul sangat garang.

Latihan 4
Mawi bertanya kepada Felix mengenai nama mi yang sedang dimakan olehnya. Felix kemudiannya berkata bahawa namanya Mi Pedas. Mawi pula masih tidak percaya akan nama tersebut kerana Mi tersebut sememangnya pedas. Felix cuba menerangkan kepada Mawi bahawa nama mi tersebut sememangnya Mi Pedas seperti yang dikatakan Dolah. Felix menerangkan lagi dia sememangnya ke situ bagi membelanja Mi tersebut kepada Mawi.

Latihan 5
Norhayati yang bimbang bertanya kepada Norasyikin berkenaan ketidakhadirannya ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf dan menerangkan bahawa dia ada hal semalam. Norhayati kian bimbang dan bertanya kepada Norasyikin berkenaan hal tersebut. Norasyikin kemudiannya memberitahu bahawa ibunya sedang sakit.

Cakap Ajuk

Latihan 1
Kamariah : Negara Malaysia memang banyak tempat menarik unutk dikunjungi.
Samad : Betul tu Kamariah. Di Malaysia terdapat banyak pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Saya hairanlah, mengapa terdapat ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah : Betul tu Aziz.
Samad : Saya rasa ianya berlaku mungkin kerana terdapat kurang promosi untuk menarik minat pelancong tempatan.
Aziz : Benar tu Samad.
Kamariah : Pada pendapat saya, pihak swasta seperti pusat-pusat pelancingan tempatan harus memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan.
Samad : Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.
Kamariah , Samad : Betul tu.

Latihan 2
Mak Limah : Abang nak ke mana tu?
Pak Usop : Abang nak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Abang makanlah nasi dulu. Lapar nanti.
Pak Usop : Abang sebenarnya nak letak jawatan sebagai pemandu bas Koperasi Maju.
Mak Limah : Nanti macam mana abang nak kerja?
Pak Usop : Abang bercadang nak memohon pinjaman MARA untuk membeli sebuah bas.

Latihan : Pemenggalan Ayat

Latihan 1
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan berpunca daripada kegiatan manusia yang berburu sesuka hati dan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan melakukan penyelidikan terhadap hidupan liar.
Latihan 2
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk memberikan manfaat daripada pelbagai aspek kepada manusia. Pelbaga penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan yang menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan menegaskan bahawa para penonton terhibur dengan adegan-adegan yang dipaparkan.
Latihan 3
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh RTM dan juga TV3. Penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat membimbangkan ibu bapa kalau-kalau unsur-unsur tersebut ,mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan buruk.
Latihan 4
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu baoa kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer dan menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.
Latihan 5
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak yang dikarang oleh Darulsalam dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya yang bercuti ke Pulau Sayak lalu terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Latihan 6
Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa tahun yang lalu dan kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing.
Latihan 7
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya bagi mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

Latihan : Kesalah Ejaan Imbuhan

1.     Pengusha - Pengusaha
    suka hati - sesuka hati
2.    Pembenaan - Pembinaan
    berapa - beberapa
3.    rimih - remeh
    terdiam - berdiam
4.    Berjaya - berjaya
    merbahaya - berbahaya
5.    ko-kurikulum - kokurikulum
    melibat - melibatkan
6.    Negara - negara
    keanak-anak - keanak-anakan
7.    lapuran - laporan
    dilibatkan - melibatkan
8.     Kosmitik - Kosmetik
    jualan - dijual
9.    Kedudukkan - Kedudukan
    dicemburu - dicemburui
10.    definasi - definisi
    debatan - perdebatan
11.     Beranika - Beraneka
    meletak - terletak
12.    Pelancung - Pelancong , dating - datang
    ditontonkan - ditonton
13.    Calun - Calon
    disah - disahkan
14.    peterol - petrol
    suntuk - kesuntukan
15.    Peninju - petinju
    tumbang - menumbangkan
16.     masalaah - masalah
    menghadap - menghadapi
17.     tradesional - tradisional
    menyembuhi - menyembuhkan
18.     gengsterisma - gangsterisma
    Runtuh - Keruntuhan
19.    vokaysional - vokasional
    menceburi - menceburkan
20.    mempamirkan - mempamerkan
    sukan - kesukanan
21.     bertepok - bertepuk
    disambut - sambutan
22.     peresmian - perasmian    
    lawatan - melawat
23.     pra-sekolah - prasekolah
    dikenalkan - diperkenalkan
24.    Atlit - Atlet
    menangi - memenangi
25.    jalanraya - jalan raya
    diperangkap - terperangkap
26.    ahli parlimennya - ahli parlimen nya
    mengadakan - diadakan
27.    Restoren - Restoran
    masak - masakan
28.    mencolek - menculik
    tertangkap - ditangkap
29.    Kelayakkan - Kelayakan
    melibat - melibatkan
30.    ibu kota - Ibu Kota
    besar-besar - besar-besaran
31.    pehak - pihak    
    meruncing - runcing
32.    mendisplinkan - mendisiplinkan
    semasa ke semasa - masa ke semasa
33.    marwah - maruah
    menghindari - menghindarkan
34.    bergotong royong - bergotong-royong
    memperlebarkan - melebarkan
35.    hari keputeraan baginda - Hari Keputeraan Baginda
    mengadakan - diadakan
36.    kontrekter - kontraktor
    kesali - mengesali
37.    samada - sama ada
    mempastikan - memastikan
38.    kaki tangan - kakitangan
    khidmatan - perkhidmatan
39.    raksaksa - raksasa
    terjalin - dijalin
40.    membenteras - membanteras
     memperbesarkan - membesarkan
41.    ke 51 - kali ke-51
    disembahkan - dipersembahkan
42.    sebenarnya - sebenar
    menjalani - menjalankan
43.    efisyen - efisien
    menggubalkan - menggubal
44.    stesyen - stesen
    dikenali - diperkenalkan
45.    hari ibu - Hari Ibu
    membesar - membesarkan
46.    bahasa Inggeris - Bahasa Inggeris
    perlaksanaan - pelaksanaan
47.    seloroh - seluruh
    menemui - menemukan

Thursday, 23 February 2017

Jurnal Harian - 23/2/17 SAMBUTAN CNY!!!!

Hari ini , sempena menyambut Tahun Baru Cina yang telah berlalu, sambutan Tahun Baru Cina peringkat Pusat PERMATApintar™ Negara telah diadakan.
Sambutan ini dilakukan bersama-sama pelajar ASASIpintar.....

Kami dibahagikan mengikut kumpulan, lalu semua aktiviti pada hari tersebut dilakukan mengikut kumpulan. Secara kasarnya, perjalanan hari ini adalah sama dengan tahun lepas. Hanya persembahan yang dipersembahkan berbeza. Pada waktu pagi, kami ke stesyen paper cutting, painting, tongue twister dan chinese calligraphy. Kemudian, para pelajar berehat sebentar bagi minum pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan chinese chess, nyanyian lagu tahun baru dan origami.

Selepas itu, para pelajar berehat dan makan tengah hari. Acara diteruskan lagi dengan persembahan para pelajar di Auditorium ....

Di waktu malam, sukantara diteruskan dengan acara badminton dan pingpong..💛💛💛

💤💤

Wednesday, 22 February 2017

Jurnal Harian - 22/2/17

Hari ini, tiada P&P.... YAAAAYYYY💥💥
Tapi, sukantara akan berlangsung sepanjang hari😓💪💪

Pada waktu pagi, setelah solat subuh dan sarapan, pelajar lelaki akan bertanding water polo. Pelajar perempuan pula mempertandingkan bola tampar.

Aku pun turut serta dalam water polo sebagai wakil TOPAZ😱. Aku risau dan tidak yakin akan diriku. Aku takut, aku akan menjadi beban kepada ahli yang lain. Sekiranya aku tersilap langkah, semestinya akan memberi impak buruk kepada seluruh pasukan. Kami semua berusaha sebaik mungkin, mengharungi 3 perlawanan dengan segala kekuatan kami..... Tapi ...... Ternyata sekali pasukan TOPAZ tidak sehebat yang diharapkan..... 😖

Pada waktu petang, acara Bola Sepak pula dipertandingkan bagi pelajar lelaki dan bola jaring bagi pelajar perempuan. Aku tidak menyertai bola sepak oleh itu aku hanya sebagai penyokong di tepi padang

Acara di waktu malam diteruskan lagi dengan badminton dan pingpong....
Sekali lagi, aku hanya menjadi penyokong di tepi gelanggang kerana tidak menyertai apa apa.

Hari ini, walaupun tak banyak yang dilakukan... aku berasa penat sekali .... 😪

Tuesday, 21 February 2017

Jurnal Harian - 21/2/17

Hari ini, kami mendapat instruktor Calculus baharu. Walaupun kami pernah belajar bersama Puan Fariha pada tahun yang lepas, yang mengajar kami Calculus sebelum ini merupakan Puan Aqilah. Sejujurnya, aku lebih suka akan cara Puan Aqilah mengajar kami. Namun tiada salahnya belajar dengan Puan Fariha. Masing - masing mempunyai cara mereka yang tersendiri.
Begitu juga dengan subjek English. Kami ber'peluang' belajar English dengan seorang guru baharu. Namun, pertukaran instruktor English ini bukanlah kekal. Puan Norlin tidak sihat dan tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pada hari ini. Tetapi .... let's just say she's not my cup of tea...

Setelah tamat sesi persekolahan, aku makan dan pulang ke bilik. Entah kenapa, terasa amat letih hari ini. Aku tidur sebentar sebelum Zuhur dan sambung semula tidur selepas solat. Aku bangun pada jam 2:30 kerana terdengar panggilan rakan-rakanku mengajak ke padang bagi sesi sukantara. Tetapi, Alhamdulillah, secara tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Aku berehat sebentar di bilik sebelum ke Dewan Serbaguna.
Setelah hujan berhenti, selepas solat Asar, kami ke padang bagi menjalankan acara yang tertangguh iaitu 100m dan lontar peluru. Aku berdebar-debar, kerana larianku tidaklah sepantas mana😅. Rumah Topaz diberi giliran terakhir sekali, oleh itu, sementara menunggu giliran, aku menjadi pencatat masa bagi rumah sukan yang lain.
Setibanya giliranku, seperti yang disangka, aku merupakan antara yang paling perlahan😅. Tetapi, aku bangga kerana cubaan tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.
Di waktu malam pula, acara badminton dan pingpong diteruskan lagi. Bagi yang tidak menyertai (sepertiku), kami hanya menonton di Dewan Serbaguna. Terdapat juga sambil bermain telefon pintar kerana kebosanan.

Setelah itu, aku pulang ke bilik. Kerana masih belum mengantuk, aku bosan. Berbekalkan kebosanan ini, aku membelek semula Photoshop yang telah sekian lama tidak digunakan. Tamat sahaja 'projek' Photoshop yang dilakukan, aku juga mula mengantuk.'

👋👋👋